THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, October 24, 2008

HASIL KARYA GRAFIK KU DI HARI RAYA

aku memang boring time raya ari 2.xtahu nk wat pe.jadi aku pun bkak je komputer.trus je edit pe yang patut aku wat.kira puas gak la raya ni ngan kerja yang aku wat drpd raya yang aku x p bjalan mana2 pun pas raya ke-3 ari 2.ni la keja aku time raya ke-3 ni.tpi ada gak kerja time kat kolej ni yang kena antar kat lecturer aku letak skali.tengok2 la klu berminat.










Monday, October 13, 2008

hari raya telah berlalu

raya ni mmg best gk sket pada raya taun2 lpas sb aku ngan mber aku braya kat umah sewa je.hahahaha mmg best sgt la raya taun ni.bila ada org ajak je baru nk gerak g braya.aku punya mlas nk la raya taun ni.tapi,raya ptama n kedua,apapun ngan family la g rumah adik bradik.y best skali raya ni,spupu aku y kejenye kat atas kapal y kena than ngan lanun 2.xdapat nak blik g sebab dorg kna tawan.tapi bila dia blik je smpai kat umah mak dia.ramai btoi adik bradik kami bkumpul nk tahu cite sbnar.pada pagi raya 2.dorg smyang raya sma2 ngan tentera y tawan dorg 2.dorg xwat pape pun..cuma nak duit je sb dorg dah miskin sg2 dah dgr kata.sb 2 dorg tawan byk kapal time 2.kapal spupu aku 2 dorg amik 5.6 juta mlaysia.aku cite pe ni...pasal raya ke psal tawanan perang.??
hahahahaha

Friday, September 26, 2008

Thursday, September 18, 2008

Istimewanya Wanita Islam






Istimewanya Wanita Islam
Kaum lelaki bilang susah jadi wanita ISLAM, lihat saja peraturan dibawah ini :
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mau keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. Wanita menerima pusaka (warisan) kurang dari lelaki.
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak harus selalu taat pd isterinya.
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
8. Wanita kurang dlm beribadat karena masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
makanya Kaum wanita nggak capek-capeknya berpromosi untuk “MEMERDEKAKAN
WANITA ISLAM”
Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??
1. Benda yg mahal harganya tentu akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita Islam.
2. Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?
3. Wanita menerima warisan kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima warisan perlu menggunakan hartanya untuk isteri dan anak-anak.
4. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika karena melahirkan adalah syahid.
5. Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
6. Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
7. Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
8. Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
9. Do’a wanita lebih makbul daripada lelaki karena sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : ” Ibu lebih penyayang daripada Bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.
10. Wanita yang solehah ( baik ) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
11. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, derajatnya seperti orang yang senantiasa menangis Karena takut Allah SWT dan orang yang takut Allah SWT akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
12. Barang siapa yang membawa hadiah (barang, makanan dari pasar kerumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedakah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukai akan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S.
13. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya, akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam surga.
14. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga Saudara perempuan atau dua Saudara perempuan , lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggung jawab, maka baginya adalah surga.
15. Dari Aisyah r.a. “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka.”
16. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
17. Apabila memanggilmu dua orang ibu bapamu maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
18. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu surga

Monday, September 15, 2008

Sunday, September 14, 2008

ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah ialah zakat yang diwajibkan ketika pengakhiran bulan Ramadhan.Ia merupakan sejumlah harta yang tertentu dikeluarkan oleh setiap orang Islam dan diberikan kepad aorang-orang yang berhajat,sebagai pembersihan diri juga untuk membaiki kecacatan-kecacatan yang berlaku pada puasa sepanjang bulan Ramadhan yang disebabkan oleh percakapan sia-sia,jelek dan sebagainya.
Berkata Ibnu Abbas r.a :
فرض رسول الله عليه وسلم زكاة الفطر طهرة للصائم من اللغو والرفث وطعمة للمساكين
Seorang ulama’,Waki’ bin al-Jarrah menyatakan :” kedudukan zakat fitrah dinisbahkan kepada bulan Ramadhan seumpama kedudukan sujud sahwi dinisbahkan kepada solat dimana ia membaiki kekurangan puasa sepertimana sujud sahwi membaiki kekurangan solat”.
Zakat fitarah ini mula-mula difardhukan pada bulan Syaaban tahun kedua hijrah iaitu tahun yang sama difardhukan puasa Ramadhan dan Zakat Harta mengikut pendapat yang paling kuat.

SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT FITRAH

1. Islam- Orang kafir asli tidak wajib membayar zakat fitrah melainkan ke atas hamba dan qaribnya yang muslim.Adapun orang Islam yang murtad,maka zakat fitrahnya dan juga orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya ditangguh sehingga ia kembali kepada Islam
2. Ada/Wujud ketika terbenam matahari hari penghabisan bulan Ramadhan (iaitu sempat bertemu dengan juzuk terakhir daripada Ramadhan dan juzuk terawal daripada syawal ).Tidak wajib zakat fitrah atas anak yang lahir sesudah terbenam matahari.Orang yang berkahwin sesudah terbenam matahari tidak wajib baginya untuk membayar zakat fitrah bagi isteri yang baru dikahwininya itu. Orang yang mati selepas terbenam matahari maka wajib dikeluarkan zakat fitrah baginya.Adapu orang yang mati sebelumnya tidak wajib .
3. Ia mempunyai kelebihan harta daripada keperluan makanan untuk dirinya sendiri dan orang –orang yang berada dibawah tanggungan nafkahnya (samada manusia atau binatang) pada malam hari raya dan siang harinya . Orang yang tidak mempunyai kelebihan tidak wajib membayar zakat fitrah.
atau khadam nya melainkan sekiranya orang-orang yang berada di bawah tanggungan nafkahnya itu adalah kafir .
Adapun Az-Zuhri,Rabi’ah dan Al-Laith menyatakan bahawa zakat fitrah dikhususkan kewajipannya kepada orang bandar sahaja dan tidak diwajibkan ke atas orang pedalaman (البادية). Pendapat ini ditolak keran ia bertentangan dengan hadis tadi.Pendapat yang benar ialah pendapat jumhur
ZAKAT FITRAH BAGI ISTERI DAN BUDAK KECIL

Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa zakat fitrah wajib ke atas perempuan samada ia telah bersuami atau tidak.Perempuan yang telah bersuami diwajibkan zakat fitrah ke atas dirinya sendiri dan dikeluarkan daripadanya hartanya sendiri bukan harta suaminya.

Imam syafie,Imam Malik berpendapat bahawa suami wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk isterinya kerana termausk di dalam tanggungan nafkah suami.
KE ATAS SIAPA DIWAJIBKAN ZAKAT FITRAH

Daripada hadis yang disebutkan tadi jelas kepada kita bahawa zakat fitrah wajib bagi setiap individu muslim samada merdeka taua hamba,lelaki atau wanita,besar atau kecil,miskin atau kaya,orang bandar atau pedalaman (kampung). Pendapat ini merupakan pendapat jumhur Ulama’.
Sabda Nabi saw :

حَدَّثَنَا عَفَّانُ قَالَ سَأَلْتُ حَمَّادَ بْنَ زَيْدٍ عَنْ صَدَقَةِ الْفِطْرِ فَحَدَّثَنِي عَنْ نُعْمَانَ بْنِ رَاشِدٍ عَنِ الزُّهْرِيِّ عَنِ ثَعْلَبَةَ بْنِ أَبِي صُعَيْرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَدُّوا صَاعًا مِنْ قَمْحٍ أَوْ صَاعًا مِنْ بُرٍّ وَشَكَّ حَمَّادٌ عَنْ كُلِّ اثْنَيْنِ صَغِيرٍ أَوْ كَبِيرٍ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى حُرٍّ أَوْ مَمْلُوكٍ غَنِيٍّ أَوْ فَقِيرٍ أَمَّا غَنِيُّكُمْ فَيُزَكِّيهِ اللَّهُ وَأَمَّا فَقِيرُكُمْ فَيُرَدُّ عَلَيْهِ أَكْثَرُ مِمَّا يُعْطِي
أخرجه احمد و البيهقي

Hadis ini jelas menunjukkan bahawa wajib ke atas orang faqir sepertimana ia wajib ke atas orang kaya.Miskin atau kaya tidak menjadi syarat dalam kewajipan mengeluarkan zakat fitrah.Ini adalah pendapat jumhur.Adapun Imam Abu Hanifah ia mensyaratkan nisab .Jadi orang faqir yang tidak memiliki nisab tidak diwajibkan zakat fitrah ke atasnya.
Zakat fitrah yang wajib dikeluarkan meliputi untuk dirinya sendiri dan juga orang-orang yang berada di bawha tanggungan nafkahnya seperti anak

KEPENTINGAN ILMU USUL AL-FIQH

1. Seseorang mujtahid yang mempelajari ilmu ini akan dapat menggunakan semua kaedah-kaedah dan instrumen yang dimiliki untuk mendapatkan pengajaran tentang hukum-hukum syariat daripada nas-nas. Apabila cukup syarat keilmuan untuk melakukan ijtihad, seseorang itu akan dapat memahami nas-nas yang jelas atau yang samar bahkan dapat pula mengekstrak hukum yang terkandung dalam nas tersebut dengan kaedah yang difahami daripada Usul al-Fiqh seperti kaedah linguistik dalam memahami hukum, kaedah-kaedah umum penerbitan hukum dan sebagainya.

2. Bagi mereka yang tidak mencapai tahap seorang mujtahid pula, ilmu Usul Fiqh akan dapat membantu mereka dalam memahami bagaimana sesuatu hukum syariah itu boleh terbit daripada nas-nas syarak. Dengan ini, seseorang itu akan dapat lebih memahami maqasid syariah yang terkandung di sebalik hukum yang ditetapkan Allah bahkan dapat mengelakkan daripada bersikap mengikut secara membuta tuli (taqlid) dalam mengamalkan syariat.

3. Beberapa aspek teknikal dalam ilmu Usul Fiqh seperti Qiyas (analogical deduction), kaedah linguistik asas atau al-qa’idah al-lughawiyyah al-Usuliyyah seperti al-Dalalat (textual Implication), Istihsan (Equity), Istishab (presumption of continuity), percanggahan nas dan penyelarasan atau al-Ta’arudh wa al-Tarjih (Conflict of Evidence and Reconciliation), kaedah pemansuhan atau Nasakh (abrogation) menjadikan ilmu usul fiqh bukan sahaja sebagai metod penyelidikan yang komprehensif dalam bidang penyelidikan perundangan Islam, akan tetapi sesuai juga digunakan untuk penyelidikan lain selain daripada hukum Islam seperti perundangan sivil, penyelidikan pemasaran, penyelidikan ilmiah dan sebagainya. Proses Takhrij al-Manat (Extracting the ‘Illah) dalam bab Qiyas pula dapat memberikan satu metod berfikir yang tepat dan objektif dalam mencari sebab bagi sesuatu perkara.

4. Hasil gabungan daripada aspek-aspek di atas menjadikan ‘ilmu Usul Fiqh sebagai Ilmu yang terhad kepada sumber-sumber dan dalil-dalil perundangan sahaja, bahkan lebih jauh dari itu ia merangkumi bidang akidah, logik, morfologi, epistemologi dan kebudayaan. Justeru itu, Imam al-Ghazali menyifatkan Usul Fiqh adalah ilmu yang menduduki hierarki ilmu yang paling berprestij kerana integrasi yang mantap berlaku antara dalil nas atau naqli dan penggunaan akal.